OFFICE AND FINANCE EXECUTIVE - #10521014

Kayangan Property


Date: 2 weeks ago
city: Kota Bharu, Kelantan
Contract type: Full time
Description

Skop Kerja :
1. Menguruskan semua urusan office seperti menjawab panggilan telefon, surat menyurat dan menyelaras masa untuk mesyuarat serta menguruskan hal-hal tuntutan perbelanjaan peribadi dan lain-lain.
2. Pembantu peribadi pengarah Syarikat.
3. Membantu dan melaksanakan fungsi HR seperti permohonan kerja, temuduga, perlantikan dan penamatan kerja serta menguruskan pelajar yang memohon untuk menjalani latihan praktikal.
4. Memantau kehadiran pekerja, pengiraan gaji serta menguruskan KWSP & Socso.
5. Menguruskan permohonan cuti, klinik panel, tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutan perbelanjaan staf yang berkaitan.
6. Menguruskan dokumen berkaitan dengan permohonan pinjaman perumahan LPPSA dan bank serta urusan berkaitan dengan pejabat kerajaan seperti JPPH, LPPSA, Pejabat Tanah, peguam, CIDB, AKSB, TNB dan lain-lain.
7. Memantau inventori, penyelenggaraan alatan pejabat dan lain-lain asset termasuk kenderaan syarikat yang perlu diselenggara mengikut tarikh sepatutnya serta memastikan cukai jalan dan insuran kenderaan syarikat diperbaharui mengikut tarikh luput.
8. Membantu menyediakan dan mengemaskini SOP syarikat berdasarkan undang-undang dan garis panduan daripada pihak berkuasa.
9. Merekod dan memastikan dokumen syarikat tersusun dengan baik.
10. Menguruskan lain-lain tugas seperti yang diminta oleh pihak pengurusan.
11. Mengendalikan facebook & website syarikat.
12. Memastikan office berada dalam keadaan baik dan terurus.
13. Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
14. Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira serta membuat pengiraan yang sewajarnya.

Syarat & Kelayakan :
1. Terbuka kepada perempuan sahaja.
2. Mahir menggunakan komputer.
3. Keutamaaan akan diberikan kepada yang berstatus bujang.
4. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, bidang Perakaunan, bidang Kewangan, Pengurusan Pejabat, dan lain-lain bidang yang berkaitan.
5. Mempunyai lesen berserta kenderaan.
6. Mempunyai pengalaman bekerja pejabat adalah satu kelebihan.
7. Boleh berkomunikasi dengan baik.
8. Boleh mengurus dan menyiapkan kerja-kerja penting.
9. Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan office.
10. Sihat tubuh badan.

Bagi yang berminat, sila email RESUME TERKINI yang lengkap dengan gambar passport & pengalaman bekerja ke
***************@gmail.com atau hubungi pejabat 09-7405022 untuk sebarang pertanyaan.

Company

MOTO:
"Amanah, Berkualiti, Cekap, Dedikasi, Efektif"
"Sky is not a limit"
"Greenery and privacy is yours"

VISI:
Menjadi sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah yang terulung dalam merealisasikan impian pembeli rumah untuk memiliki kediaman yang bermutu, selesa dan selamat diduduki.

MISI:
Bertekad untuk menyediakan rekaan rumah yang inovatif, menggunakan bahan binaan yang berkualiti, memastikan kerja-kerja binaan dijalankan mengiukut spesifikasi dan masa yang ditetapkan

OBJEKTIF:
Menyediakan rumah mampu milik serta mewah mengikut kehendak pembeli secara professional.

Post a resume

Similar Jobs

PEMBANTU NIAGA EVENT (SEGERA)

BASIC TODAY SDN BHD (KOTA BHARU), Kota Bharu, Kelantan
11 hours ago
Last Updated on 18 May '24 Expiring on 25 May '24 UP TO RM 2500/ month Mencari calon yang boleh menjalankan Event TUGASAN : 1) Menguruskan Event diberikan 2) Mempelajari fungsi barang-barang Event 3) Memberi Demostrasi percuma kepada pelanggan ditempat...
BASIC TODAY SDN BHD (KOTA BHARU)

QUANTITY SURVEYOR

Kayangan Property, Kota Bharu, Kelantan
RM 1,200 per year
1 week ago
DescriptionQuantity Surveyor Skop Kerja:1. Buat kiraan kuantiti dan kos bagi keseluruhan projek bagi kerja - kerja arkitek, struktur dan M&E.2. QS juga perlu faham dalam membaca drawing yang dibuat oleh jurutera dan arkitek.3. Menyediakan dan Menyemak senarai bills of quantities...
Kayangan Property

MECHANICAL ENGINEER

Sinar Teknik Urus Harta Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan
RM 2,500 - RM 2,999 per year
1 week ago
DescriptionQUALIFICATION REQUIREMENTS:- Bachelor’s Degree in Mechanical Engineering.- Experienced at least 3 years in the field of Mechanical Engineering.- Priority experience in building facility maintenances.- Good interpersonal skill and able to work as a team.- Positive attitude, self-motivated and able to...
Sinar Teknik Urus Harta Sdn Bhd